Thursday, 5 December 2013

TIPS MENCUCI MUKA DENGAN CARA YANG BETUL

Apa langkah yang penting dalam perawatan muka? 
Semestinya langkah atau cara yang betul menggunakan cleanser, toner dan moisturizer. 


Setiap wanita perlu melakukan 3 perkara ini ketika membuat perawatan muka. 
Tanpa 3 perkara ini rasa seperti tidak lengkap pula. Tapi tidak semua tahu langkah penggunaannya yang betul, maksud saya cara cuci muka dengan betul, penggunaan toner dan moisturizer yang betul. 
Penting untuk mengetahuinya agar wajah anda tidak lagi dicemari dan kotor. 
Kami tunjukkan langkah yang betul untuk menggunakan cleanser, toner dan moisturizer.

1. Mula-mula sekali, haruslah dimulakan dengan Bismillah, baru dapat berkat. Ikat rambut supaya tidak menghalang muka. Cuci tangan terlebih dahulu sehingga bersih. Jangan sesekali menyentuh muka anda ketika tangan tengah kotor.

2. Lepas itu, ambil pencuci muka dan basahkan dengan air, sila buihkan dahulu banyak-banyak di tangan, selepas itu boleh sapukan di muka. 
Cara urutan yang betul boleh lihat gambar di bawah, anda harus tekankan kawasan dahi dan t zone. 
Urut perlahan-lahan dan jangan menekannya sama sekali.


3. Selepas itu, cuci muka dengan air suam terlebih dahulu. Lepas itu, barulah cuci muka dengan air sejuk.


4. Lap muka anda dengan tuala yang bersih. Kalau boleh sediakan tuala yang khas untuk muka sahaja.



5. Sekarang boleh gunakan toner. 
Ambil kapas, picitkan sedikit toner. Tidak perlu picit di keseluruhan kapas, sedikit saja sudah memadai. Lap perlahan-lahan, sekali lagi beri perhatian di dahi dan t zone. 
Bila rasa sudah kena di semua bahagian, boleh buang kapas.


6. Biarkan muka kering dan jangan sesekali basuh toner.


7. Akhir sekali, gunakan moisturizer. Letakkan di seluruh muka dan urut perlahan-lahan. 
Selesai.


No comments:

Post a Comment